Selasa, Januari 27, 2009

Khamis, Mei 29, 2008

Majlis Suai Kenal

Khamis 29 Mei, 2008 - Majlis suai kenal bagi pegawai dan kakitangan yang baru bekhidmat di Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait telah diadakan di kawasan lobi, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait bermula jam: 11.00 pagi. Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Chua Pheng Keong, Penolong Pengarah Kerja Raya, Kuala Belait.

Teks ucapan dimulakan dengan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan baru terdiri daripada lelaki dan perempuan yang mana seramai 45 orang calon yang terbaik telah pun diambil berkhidmat dengan Jabatan ini daripada seramai 1,700 orang calon yang telah ditemuduga.

Beliau menyarankan supaya kakitangan baru ini akan mempertingkatkan daya usaha budaya kerja bagi menimba pengalaman dan membantu perlaksanaan dan pengurusan Jabatan ini dengan lebih efisen dan teratur. Selanjutnya, beliau menasihati agar pegawai dan kakitangan baru bertanya kepada pegawai dan kakitangan yang berpengalaman jika kurang faham sesuatu kerja yang akan dibuat. Beliau juga mengingatkan supaya pegawai dan kakitangan yang baru agar menjauhkan diri daripada dadah dan bergiat aktif dalam apa jua aktibiti yang berkebajikan dianjurkan oleh Jabatan ini seperti dalam bidang keagamaan maupun dalam bidang sukan sama ada diperingkat Daerah atau Negara demi mengharumkan dan mempertabatkan imej Jabatan amnya.

Beliau mengakhiri teks ucapan beliau dengan memaklumkan bahawa mulai 1hb. Jun, 2008 kempen anti-merokok akan di kuatkuasakan di Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait termasuk merokok dikawasan koridor-koridor Jabatan. Di kesempatan ini juga, Tuan Penolong Pengarah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah mengungkayahkan dan memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.


Kakitangan baru dan pegawai-pegawai kanan JKR, Kuala Belait sedang menikmati jamuan selepas majlis berakhir

Kakitangan baru bersalam-salaman dengan pegawai-pegawai kanan JKR, Kuala Belait

Tetamu kehormat Awg Chua Pheng Keong sedang menyampaikan ucapan

Majlis di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Awg Mohd Jubri Bin Hj Asnawi
Kakitangan baru sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat

Isnin, Mei 05, 2008

Lawatan Ke Tapak Binaan Bagi Pekerja-Pekerja JKR Baru

Sabtu 3 Mei, 2008 - Seramai 10 orang pekerja baru Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait yang telah ditempatkan di Unit Bangunan telah pun di bawa melawat ke tapak projek pembinaan Bangunan-Bangunan Kerajaan bagi memperkenalkan tatacara pengendalian dan pengawasan projek-projek yang di kendalikan oleh Jabatan ini.

Di samping memberikan taklimat serba ringkas berhubung dengan penggunaan bahan-bahan binaan yang perlu di ambil tahu oleh pengawas ke atas projek yang telah di mandatkan untuk di pantau sehinggalah perlaksanaannya siap di bina.

Memperlihatkan Tuan Penguasa Bangunan, Awg Latip Hj Ahmat memberikan penerangan kepada pekerja pekrja JKR, baru mengenai dengan hal ehwal projek tersebut.

Selasa, April 29, 2008

Lawatan DDG ke JKR, Kuala Belait

Sabtu, 26 April 2008 - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Gafar berkenan membuat lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait sebagai sebahagian daripada siri lawatan beliau ke Jabatan Kerja Raya di Daerah Belait. Kedatangan beliau telah di sambut oleh Awg Chua Pheng Keong, Penolong Pengarah Kerja Raya, Kuala Belait dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Tujuan beliau mengadakan lawatan ke Jabatan ini di antaranya ialah untuk menyampaikan yang mana mulai 1 April, 2008 Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait dan Tutong akan bernaung di bawah pemantauan Timbalan Ketua Pengarah, yang mana perkara ini adalah salah satu hala tuju Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait dalam mana pengurusan dan pentadbiran serta struktur organisasi Jabatan akan di kendalikan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait itu sendiri tanpa melalui Pengarah Perkhidmatan Bangunan lagi pada masa akan datang.

Di samping itu juga beliau membukakan pendapat dan berinteraksi dengan pegawai-pegawai serta kakitangan beliau untuk mengusulkan pandangan mengenai dengan isu-isu kerja untuk di kemaskini dan di selaraskan mengikut ke sesuaian masa, sama ada dalam waktu yang terdekat maupun dalam jangka masa yang panjang.

Dari itu beliau menyarankan supaya pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait dan Tutong supaya bekerja rapat demi untuk mempertingkatkan prestasi serta keupayan Jabatan ini akan terus menjana dalam mengurus dan mentadbir Jabatan ini dengan lebih berkesan dan dedikasi sehingga Jabatan ini nanti akan mempunyai Pengarahnya sendiri insyallah.




Sabtu, Mac 22, 2008

Perarakan Maulidur Rasul

Khamis, 20 Mac 2008 - Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait menghantar seramai kira-kira 250 orang termasuk pegawai dan kakitangan bagi menyertai perarakan mengelilingi pekan Belait sempena sambutan Maulidur Rasul yang bermula dan berakhir di Padang Bandaran, Kuala Belait.

Tuan Chua Pheng Keong, Penolong Pengarah Kerja Raya, Kuala Belait juga turut serta semasa perhimpunan Maulud Nabi Muhammad SAW di Padang Bandaran, pada pagi tersebut. Laluan perjalanan perarakan pada tahun ini telah di panjangkan jauhnya daripada tahun-tahun yang sudah iaitu kira kira 4.5 km. Walauapapun keadaannya semua peserta tidak mengeluh malah mereka dengan penuh rasa semangat serta taat menghayati dan mengamalkan ajaran yang di bawa baginda Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam.






Perarakan bemula berjalan lalu membawa sepandok yang di dahului oleh Pg Hamzah dan Hj Abd Rahman


Memperlihatkan perarakan berjalan lalu melintasi Taman Jubli terus melintasi bangunan Rumah Persinggahan Kerajaan, Kuala Belait.


Memperlihatkan Awg Daud Chee dan Dyg Siti Khadijah sedang mengatur dan menyusun bagi menyediakan makanan dan minuman kepada peserta-peserta perarakan JKR, Kuala Belait setelah menamatkan perarakan itu nanti.

Tuan Media sedang berehat setelah keletihan berjalan pantas sejauh kira kira 4.5 km.

Selasa, Mac 18, 2008

Latihan Zikir Syarafil Anam

Isnin, 17 Mac 2008 - JKR, Kuala Belait melalui Sesi Badan Agama akan menyertai peraduan Zikir Syarafil Anam yang akan di adakan pada Hari Selasa 18/03/2008 bertempat di kawasan lapang Tudung Saji Kuala Belait, bermula kira kira jam 8.30 malam.

Seramai 8 orang kakitangan perempuan JKR, Kuala Belait yang akan menyertai peraduan itu nanti yang di ketuai oleh Dyg Hajah Sahrani Binti Haji Narawi. Gambar memperlihatkan pasukan perempuan mengadakan latihan yang di pimpin oleh Tuan Imam Ustaz Haji Ibrahim bin Dollah bertempat di kawasan lobi JKR, Kuala Belait.


Sabtu, Mac 15, 2008

Pemasangan Kelengkapan

Khamis 13 Mac, 2008 - Penglibatan Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait menyediakan kelengkapan dan peralatan rangka khemah di Padang Bandaran, Kuala Belait untuk orang awam semasa perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan di adakan pada Hari Khamis 20 Mac, 2008.

Kerja-kerja pemasangan telah di ketuai oleh Awg Inche Ahmad Bin Hj Baha, Pengawas Tingkat Khas dan di bantu oleh tenaga-tenaga kerja dari unit Bangunan B1, B2, B3 dan B4. Kerja pemasangan telah selesai dilakukan pada hari tersebut juga.